Ikan berbentuk seperti torpedo di California

Iklan
Ikan yang kelihatan bergerak seperti torpedo ditemui di Teluk Monterey, Most Landing, California baru-baru ini. - Foto MBARI

LOS ANGELES - Seekor ikan yang dikenali sebagai 'dragonfish' dan bergerak seperti sebuah torpedo ditemui di Teluk Monterey, Most Landing, California baru-baru ini.

Kelibat ikan itu dirakamkan menerusi rakaman video pada kedalaman 300 meter di teluk tersebut.

Iklan
Iklan

Spesies itu dikenali sebagai Bathophilus flemingiat dan yang paling jarang ditemui.

Ia mempunyai kulit licin dan warna gangsa yang boleh membantu dalam penyamaran hidupan laut tersebut untuk memburu.

Iklan

Video itu dirakam oleh pakar-pakar dari Institut Penyelidikan Akuarium Teluk Monterey (MBARI) semasa ekspedisi baru-baru ini di atas kapal penyelidikan Western Flyer.

Rakaman itu dilakukan dengan menggunakan kapal selam kenderaan kendalian jauh (ROV) tanpa pemandu yang dilengkapi dengan kamera video.

Iklan

Panjang ikan itu boleh mencapai sehingga 16.5 sentimeter panjang.

Rakaman video itu menunjukkan ikan tersebut berenang dengan elegan di dalam air seperti pen Parker gangsa atau torpedo yang jatuh dari udara. - Agensi