PEMBURUAN kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool tersentak selepas terikat 1-1 ketika melayan kunjungan Tottenham Hotspur dalam aksi berintensiti tinggi di Stadium Anfield awal pagi Ahad.
Tuan rumah yang tampil agresif menguasai rentak permainan, namun buntu dalam menghasilkan jaringan terpaksa menuju ke bilik persalinan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, anak buah Antonio Conte yang dalam misi ke saingan Eropah musim depan mengegarkan gawang The Reds menerusi jaringan Son Heung-min pada minit ke-56' apabila menyudahkan hantaran Ryan Sessegnon.
Tersentak jaringan pemain Korea Selatan itu, skuad pimpinan Jurgen Klopp kembali memperkemaskan permainan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil pemain sensasi tuan rumah Luis Diaz pada minit ke-74' menewaskan Hugo Lloris.
Keputusan itu menyaksikan Liverpool dan Manchester City terikat dengan 83 mata manakala Tottenham kekal dikedudukan kelima dengan 62' mata, satu mata di belakang pasukan tangga keempat Arsenal yang kan berdepan Leeds United pada Ahad.
Untuk rekod pendahulu Manchester City boleh melebarkan kedudukan kepada tiga mata dengan berbaki tiga perlawanan sekiranya berjaya menjinakkan Newcastle United di Stadium Etihad pada Ahad.
KEPUTUSAN
Liga Perdana Inggeris
Liverpool 1-1 Tottenham
Heung-Min Son 56'
Díaz 74'
Brentford 3-0 Southampton
Jansson 13'
Wissa 14'
Ajer 79'
Burnley 1-3 Aston Villa
Ings 7'
Buendía 31'
Watkins 52'
Cornet 91'
Crystal Palace 1-0 Watford
Zaha 31'
Brighton 4-0 Manchester United
Caicedo 15'
Cucurella 49'
Groß 57'
Trossard 60'
Chelsea 2-2 Wolves
Lukaku 56', 58'
Trincão 79'
Coady 97'