Sinn Fein menang pilihan raya Ireland Utara buat pertama kali

Iklan

MOSCOW - Parti Nasionalis Sinn Fein memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Ireland Utara buat pertama kali dalam sejarah, lapor Sputnik, memetik laporan media UK pada Sabtu.

Menurut Sky News, Sinn Fein memenangi 27 kerusi berbanding 90 kerusi, dan Parti Kesatuan Demokratik (DUP) hanya memperoleh 24 kerusi di tempat kedua.

Iklan
Iklan

Sinn Fein menjadi parti nasionalis pertama yang mengawal badan perundangan Ireland Utara.

DUP telah hilang kepercayaan dalam kalangan ahli kesatuan berikutan reaksinya terhadap Brexit dan aturan perdagangan Ireland Utara.

Iklan

Keputusan terbaharu itu memecah undi antara tiga parti kesatuan sekerja.

Ireland telah dipisahkan kepada Ireland Utara dan Ireland Selatan melalui akta Parlimen pada 1921.

Iklan

Pada 1922, Ireland Selatan menjadi Negara Bebas Ireland, seterusnya menjadi Republik Ireland yang merdeka pada 1948.

Ireland Utara kekal sebagai sebahagian daripada United Kingdom. - Bernama