Helikopter sewa khas bawa guru ke Nabawan

Iklan
Arthur Joseph Kurup

NABAWAN - Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup pada Jumaat menyediakan dua helikopter sewa khas untuk menghantar guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Talaan dan sekitar mukim Talaan di sini untuk kembali ke sekolah masing-masing.

Arthur berkata, helikopter itu disediakan pihaknya bagi memudahkan lapan guru balik ke kawasan tersebut bagi memulakan sesi persekolahan esok tanpa melalui jalan darat dan sungai yang terputus akibat bencana banjir luar biasa yang melanda kawasan tersebut baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Pensiangan itu berkata, perjalanan ke kawasan itu biasanya mengambil masa tiga hingga enam jam bergantung kepada keadaan cuaca.

"Namun begitu, banjir yang luar biasa baru-baru ini telah menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalan penghubung serta jambatan kereta dan mengakibatkan para guru terpaksa berjalan kaki hingga 18 jam untuk sampai ke kawasan tersebut.

Iklan

"Saya juga telah arahkan juruterbang helikopter untuk tidak balik dengan helikopter kosong. Saya minta bawa beberapa pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan di Keningau. Setelah pesakit sampai di Keningau pegawai saya menunggu untuk bawa ke Hospital Keningau,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Nabawan merupakan sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah berkeluasan 6,089 kilometer persegi terletak sejauh 17 kilometer selatan dari Kota Kinabalu.

Sementara itu, Arthur berkata, jambatan gantung SK Nangkawangan dan SK Layon di sini yang rosak akibat banjir baru-baru ini mula dibina semula sejak beberapa hari lepas walaupun pegawai dan pekerja menghadapi kekangan cuti perayaan.

Iklan

"Dijangka kerja-kerja pembaikan yang lain akan menyusul lagi dalam masa terdekat. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan batasan tapi kita akan usahakan sebaiknya untuk segerakan segala kerja pembaikan yang diperlukan," katanya.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini dilaporkan akan memberikan peruntukan kecemasan kepada beberapa kampung di Nabawan yang terjejas teruk akibat banjir pada Mac lepas melibatkan peruntukan untuk pembinaan jambatan dan penyelenggaraan jalan raya yang terjejas akibat bencana tersebut.

Tular di media sosial baru-baru ini video beberapa kanak-kanak memakai pakaian seragam sekolah menggunakan rakit dan 'zip line' untuk menyeberangi sungai di Nabawan akibat jambatan gantung merentang sungai, yang menjadi laluan utama penduduk kampung, hanyut akibat arus sungai yang deras dalam kejadian banjir itu. - Bernama