PM zahir penghargaan jayakan Rumah Terbuka

Iklan
Ismail Sabri (tiga, kanan) dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (dua, kanan) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Kompleks Seri Perdana pada Ahad. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Rumah Terbuka di Seri Perdana, pada Ahad.

Ismail Sabri turut berterima kasih kepada pengamal media kerana telah menguar-uarkan acara tersebut sejak seminggu lalu.

Iklan
Iklan

"Jadi, saya nak ucapkan setinggi-tinggi terima kepada semua pengunjung yang datang hari ini untuk menyambut Aidilfitri di rumah terbuka Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak bertugas yang menyediakan makanan, menyambut tetamu dan lain-lain lagi.

Iklan

"Saya juga tidak lupa kepada media kerana menghebahkan rumah terbuka ini satu minggu sebelum lagi. Itu juga satu punca menyebabkan orang datang pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana pada Ahad.

Iklan

Jelasnya, dengan kehadiran rakyat yang berbilang kaum, ia telah mencapai hasrat Keluarga Malaysia yang diidamkannya.

"Jadi, apa yg digambarkan pada hari ini dengan kehadiran yang ramai berbilang kaum, ia benar-benar seperti satu keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia seperti yang saya idam-idamkan.

"Kita sasarkan 70,000, tapi saya dimaklumkan lebih 100,000 yang hadir. Sebab itu jangka masa ditambah dari apa yang kita tetapkan,” katanya.

Majlis dengan tema ‘Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri’ itu merupakan rumah terbuka pertama dihoskan Datuk Seri Ismail Sabri selepas dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos 2021 lalu.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri sudah dua tahun tidak dapat diadakan kerana pandemik Covid-19.

Kebiasaannya majlis rumah terbuka perdana menteri dan anggota jemaah menteri diadakan pada 1 Syawal, tahun ini ia diadakan pada 7 Syawal yang jatuh pada 8 Mei.