Atlet kick boxing negara terkandas di suku akhir

Iklan

DUA atlet kick boxing negara, gagal mara ke separuh akhir acara kick boxing Sukan SEA Hanoi 2021 setelah tewas kepada lawan masing-masing pada saingan suku akhir di gymnasium Bacninh, pada Ahad.

Dalam kategori wanita 48 kilogram (full contact), atlet negara, Vireen Teo tewas 0-3 kepada atlet Vietnam, Nguyen Thi Hang Nga.

Iklan
Iklan

Pada aksi berkenaan, Vireen dilihat kerap diasak oleh Hang Nga sejak pusingan pertama hingga menyaksikannya tewas kepada atlet tuan rumah berkenaan.

Sementara itu, bagi kategori lelaki 63 kilogram (low kick), atlet negara, Awang Muhammad Hazmiey Awang Handra, tewas menerusi pukulan knock out (KO) kepada atlet Kemboja, San Rakim.

Iklan
Iklan