Syed Saddiq pertahankan Dr Mahathir

Iklan
Syed Saddiq

SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meluahkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Buktinya, Syed Saddiq menerusi ciapan Twitter hari ini menceritakan keperibadian Dr Mahathir yang sarat dengan sisi positif. Menurut Ketua Pemuda Bersatu itu, Dr Mahathir bukan sahaja seorang yang rajin bekerja malah tidak pernah berhenti bekerja.

Iklan
Iklan

"Beliau sentiasa mendengar pandangan orang lain walaupun usia kamu lebih muda dan beliau menyukai idea-idea yang tidak konvensional.

"Selain itu, beliau juga memiliki keberanian untuk melakukan sesuatu perkara yang orang lain tidak mampu," katanya hari ini. Pada masa sama, Ahli Parlimen Muar tersebut turut berkongsi bahawa Dr Mahathir sentiasa mengutamakan Malaysia walaupun terpaksa mengorbankan dirinya.

Iklan

"Itulah Tun (Dr Mahathir)," luahnya.

Dr Mahathir

Terdahulu, baru-baru ini Nurul Izzah melabelkan Dr Mahathir sebagai bekas diktator.

Iklan

Kenyataan daripada anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dikongsikan pada sesi wawancara bersama Straits Times Singapore.

Menurut laporan Straits Times Singapore, Nurul Izzah juga melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan PH yang dilihat terlalu perlahan melaksanakan perubahan dasar dan reformasi.

Pada masa sama, Puteri Reformasi berkenaan turut mendedahkan hasratnya untuk tidak bertanding dalam PRU15.