PENYANDANG juara, Manchester City merampas semula status pendahulu daripada Liverpool selepas membelasah Newcastle United 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad.
Kemenangan ke-27 liga selepas itu menyaksikan kelab pimpinan Pep Guardiola itu menjarakkan kedudukan dengan pesaing terdekat Liverpool asuhan Jurgen Klopp dengan kelebihan tiga mata selepas masing-masing mengharungi 35 perlawanan.
Biarpun The Citizens dan The Reds masih mempunyai baki tiga perlawanan lagi sebelum melabuh tirai kempen musim ini, namun kelebihan lebih berpihak juara bertahan apabila memiliki kelebihan jaringan dua gol berbanding kelab sarat tradisi kejuaraan liga Inggeris berkenaan.
Anak buah Pep Guardiola memerlukan sekurang-kurangnya tujuh mata dari baki tiga perlawanan terakhir untuk mengekalkan kejuaraan liga di Stadium Etihad untuk sekalian kalinya.
Dalam perlawanan yang menyaksikan penguasaan sepenuhnya milik The Citizens itu, jaringan Raheem Sterling (19', 93'), Aymeric Laporte (38'), Rodri (61') dan Phil Foden (90') sudah cukup memadam memori pahit disingkirkan Real Madrid dari saingan Liga Juara-Juara sebelum ini dalam cubaan merangkul kejuaraan keempat liga dalam lima musim.
"Persaingan jaringan antara Manchester City dan Liverpool sangat rapat dan perbezaan gol sentiasa berlaku, jadi adalah amat penting kami mengekalkan rentak kemenangan...
"Ya, satu lagi kemenangan yang cukup sempurna buat Manchester City.
Jika segelintir orang masih meragui kami, saya boleh katakan mereka tidak mengenali karakter pasukan ini," ujarnya.