Wartawan Sinar Harian terima penghargaan polis
Iklan
Adila Sharinni menerima sijil yang disampaikan Azmi.
KOTA BHARU - Empat wartawan Sinar Harian menerima penghargaan daripada polis Kelantan atas komitmen dan kerjasama yang jitu serta berterusan agensi berkenaan kepada pihak PDRM di negeri ini.
Penerima penghargaan itu didahului Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, Rosmiza Kassim yang menerima Surat Penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud diikuti wartawan Biro Sinar Harian Kelantan, MoJo Zaimatuljuwita Ab Manaf.
Iklan
Iklan
Wartawan Biro Sinar Harian Kelantan, MoJo Adila Sharinni Wahid pula menerima Surat Penghargaan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, manakala wartawan Sinar Harian Pasir Mas/Rantau Panjang, Hazelin Liana Kamaruddin menerima penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten komisioner Abdullah Mohammad Piah.
Sebahagian pengamal media yang menerima penghargaan daripada polis Kelantan.
Zaimatuljuwita berkata, dia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap penganugerahan sijil berkenaan dan akan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara media dan polis.
Iklan
"Hubungan erat ini juga akan membantu para media terus menghebahkan berita dan maklumat daripada pihak polis untuk pengetahuan masyarakat.
"Media juga bersama polis dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menjamin keselamatan dan mengekalkan keharmonian di negeri ini,” katanya selepas menerima Surat Penghargaan sempena Sambutan Hari Polis ke 212 pada tahun 2019 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini, hari ini.
Iklan
Majlis sama turut berlangsung serentak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan yang disempurnakan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim.
Turut menerima penghargaan 21 pengamal media dari Media Prima; Radio Televisyen Malaysia; The Star dan Utusan Malaysia.
Seramai 65 duta dakwah dalam kalangan anak muda dilahirkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Fa'izin melalui Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang bermula 29 Disember lalu dan melabuhkan tirainya pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Sepanjang dua minggu di Makkah dan Madinah kesemua peserta yang terdiri daripada 29 perempuan dan 36 lelaki masing-masing berusia antara 20 hingga 35 tahun itu bukan sahaja fokus kepada ibadah umrah semata-mata namun mereka turut disajikan dengan makanan rohani menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa serta negara.
Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar berkata, pelbagai pengisian telah diaturkan untuk anak-anak muda sekali gus berbeza dengan jemaah umrah yang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706435/edisi/kelantan/andalusia-lahirkan-duta-dakwah-dalam-kalangan-anak-muda
Muzik: Happiness dari www.bensound.com