[VIDEO] Pelindung PATI berdepan hukuman berat

Iklan
Khairul Dzaimee

PUTRAJAYA - Hukuman berat menanti mana-mana pihak atau individu yang didapati bersalah melindungi etnik Rohingya yang meloloskan diri dalam kejadian rusuhan di Pusat Tahanan Relau di Pulau Pinang, 20 April lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya sedang giat mengesan saki baki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang meloloskan diri dari depot tahanan terbabit.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan maklumat terkini masih ada 60 orang yang masih bebas dan usaha mengesan mereka ini sedang giat dijalankan.

"Kami syak mereka sekarang sudah ada dalam komuniti masing-masing. Contohnya di utara tertumpu di Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur ini kita kesan di sekitar Selayang," katanya dalam sidang media di Pejabat Pasport Imigresen di Menara Ikhlas di sini pada Isnin.

Iklan

Sinar Harian pada 20 April melaporkan seramai 700 PATI dari Depot Sementara Imigresen Relau melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.

Dalam kejadian itu, enam PATI yang cuba melintas di kilometer (KM) 165 Lebuhraya Utara Selatan maut dilanggar kenderaan dalam semasa melarikan diri.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, mana-mana warga Rohingya yang masuk secara haram akan ditahan di depot tahanan seluruh negara dan tidak akan dibebaskan sementara menunggu tindakan lanjut.

Tegasnya, pihak yang melindungi etnik Rohingya terbabit atau migran dari mana-mana negara yang masuk secara haram akan dikenakan hukuman yang berat.

"Kesalahan melindungi PATI boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan penjara antara satu hingga ke lima tahun di bawah Seksyen 56 Akta Imigresen," ujarnya.

Khairul Dzaimee berkata, seramai 2,200 PATI daripada etnik Rohingya ditahan di depoh tahanan Jabatan Imigresen di seluruh negara sejak tahun 2019.