Imigresen lanjut operasi kaunter sehingga jam 10 malam

Iklan
Khairul Dzaimee ketika bertemu orang awam di Pejabat Pasport Imigresen di Menara Ikhlas, Putrajaya.

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) akan melanjutkan waktu operasi di pusat pengeluar pasport cawangan terpilih di Semenanjung Malaysia sehingga jam 10 malam bermula Rabu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pelanjutan waktu operasi itu melibatkan Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menurutnya bagi Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Kelantan dan Perlis waktu operasi hanya sehingga jam 6 petang.

"Bagi semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh Semenanjung Malaysia pula waktu operasi adalah sehingga jam 10 malam.

Iklan

"Semua pejabat pasport di Semenanjung Malaysia akan beroperasi pada Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari bermula 14 Mei ini,” katanya dalam sidang media di Pejabat Pasport di Menara Ikhlas, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang ingin menunaikan ibadah haji boleh terus hadir ke mana-mana pejabat pengeluar pasport dengan membawa surat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji.

Iklan

Dalam pada itu katanya, semua urusan pembaharuan Pasport Malaysia Antarbangsa (PMA) boleh dilakukan menerusi sistem dalam talian kecuali untuk permohonan baharu atau pembaharuan bagi kategori kategori warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak 13 tahun ke bawah, jemaah haji, pelajar serta pasport yang telah rosak atau hilang.

"Pemohon juga dibenarkan untuk membuat pungutan PMA selain daripada pejabat pemungut yang dipilih selagi PMA tersebut masih belum dicetak.

"Kelulusan itu boleh diperoleh dalam tempoh tiga hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.

"Pembaharuan PMA secara online ini boleh dilayari menerusi laman sesawang https://imigresen online.imi.gov.my/eservices/myPasport,” ujarnya.