SKUAD lelaki negara memulakan kempen Piala Thomas 2022 dengan langkah kanan apabila mudah membenam cabaran England menerusi kemenangan 5-0 dalam aksi pertama Kumpulan D, pada Isnin.
Pada aksi yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, Thailand, jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang kini bergerak secara profesional memberikan aura positif apabila menumbangkan Toby Penty dengan kemenangan straight set 21-10 dan 21-15 dalam tempoh 36 minit.
Iklan
Iklan
Rentak kemenangan Zii Jia diteruskan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya bangkit dari kekalahan pada set pertama 19-21 ke atas pasangan England, Ben Lane -Sean Vendy sebelum memenangi dua set seterusnya 21-15, 21-16.
Perseorangan muda negara, Ng Tze Yong yang turun pada aksi ketiga mengesahkan kemenangan buat Malaysia apabila mencatatkan skor 21-16 dan 19-21 dan 21-11 ke atas Johnnie Torjussen.
Beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei kemudiannya meraih mata keempat selepas menewaskan gandingan Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9 sebelum perseorangan ketiga, Leong Jun Hao melengkapkan kemenangan skuad negara menerusi kemenangan ke atas Cholan Kayan 21-11, 21-18.
Skuad lelaki negara akan bertemu Amerika Syarikat esok sebelum berdepan Jepun dalam aksi terakhir kumpulan Rabu ini.
Artikel Berkaitan