Penunggang, pembonceng motosikal rekod kemalangan tertinggi Op Selamat

Iklan
Gambar hiasan.- Gambar kecil: Shafiei

SEREMBAN - Sebanyak 783 kes kemalangan jalan raya dilaporkan dalam tempoh 10 hari Op Selamat 18 dilaksanakan di Negeri Sembilan bermula 29 April lepas hingga Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, daripada jumlah itu 11 kes membabitkan kemalangan maut dengan 13 kematian, 15 kemalangan parah, 39 kemalangan ringan dan 716 kemalangan melibatkan kerosakan.

Iklan
Iklan

"Penunggang dan pembonceng motosikal pula mencatatkan jumlah kematian tertinggi bagi kategori pengguna jalan raya membabitkan 10 kematian manakala tiga kematian melibatkan pemandu dan penumpang kereta.

"Mangsa yang berumur sekitar 16 hingga 20 tahun pula mencatatkan kematian tertinggi dengan lima kematian diikuti mangsa berumur antara 21 hingga 35 tahun (dua kematian), 31 hingga 35 tahun (tiga kematian), 61 hingga 65 tahun (satu kematian) dan mangsa berumur sekitar 71 hingga 75 tahun (dua kematian)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Shafiei berkata, jalan persekutuan merekodkan kemalangan tertinggi dengan 246 kes, diikuti jalan bandaran 224 kes, lebuh raya 127 kes, jalan negeri 125 kes dan lain-lain jalan 61 kes.

Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan sebanyak 9,273 saman dikeluarkan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2,781,900.

Iklan

"Dalam tempoh sama juga sebanyak 160 operasi JSPT telah dijalankan dengan 77 tangkapan dibuat terhadap individu yang melalukan kesalahan," katanya.

Ujarnya, faktor terbabas sendiri dilihat menjadi punca utama kemalangan maut dalam Op kali ini dengan mencatatkan tiga kes.

" Faktor-faktor lain yang menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut antaranya adalah cuba atau sedang memotong, mengekor rapat, cuai keluar dan masuk simpang jalan serta letih atau mengantuk," jelasnya.