Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan di Mesir

Iklan
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas kemudahan pengepaman air di Sinai, Mesir pada Sabtu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh.

PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas kemudahan pengepaman air di Sinai, Mesir pada Sabtu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh.

"Malaysia berharap mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu akan diheret ke muka pengadilan,” menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada kerajaan dan rakyat Mesir, khususnya kepada waris mangsa.

Malaysia turut menolak sekeras-kerasnya semua bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau.

Iklan

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 11 tentera termasuk seorang pegawai terbunuh selepas militan menyerang kemudahan itu yang terletak di Semenanjung Sinai. - Bernama

Iklan