Tak berbaloi balik kampung, bergaduh dengan saudara-mara

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

SEBULAN tidak dapat makan di restoran pada siang hari, semalam Merak Jalanan mengajak seorang rakan pejabat menikmati lauk itik salai masak lemak di sebuah gerai berdekatan.

Sambil makan, rakan Merak Jalanan membuka cerita semasa dia pulang ke kampung di pantai timur baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Katanya, sampai di kampung, mak saudaranya datang mengadu mengenai kejadian yang berlaku tiga hari sebelum raya.

Katanya, mak saudaranya itu bergaduh dengan seorang anak saudaranya.

Iklan

Puncanya kecil, kerana mahu mencabut anak pokok pisang yang ditanam di tengah-tengah pemisah antara rumah mak saudaranya itu dengan rumah peninggalan bapa anak saudaranya. Alasannya, sebab menghalang laluan.

Pokok pisang itu dah bertahun-tahun ada situ, tetapi baru sekarang timbul rasa tidak puas hati. Tapi bila diselidik, sebenarnya ia berpunca rasa tidak puas hati berpanjangan berhubung isu pembahagian tanah.

Iklan

Merak Jalanan sedih juga dengan kisah berkenaan. Sepatutnya di hari dan bulan baik ini, sama-samalah berlapang dada saling bermaaf-maafan bersama sanak saudara. Apatah lagi apabila berpeluang bersemuka selepas dua tahun tidak dapat bersama-sama menyambut raya sebelum ini.

Kisah rakan Merak Jalanan ini bukanlah yang pertama, malah sebelum ini pun Merak Jalanan pernah dengar kisah saudara-mara bertikam lidah ketika ziarah raya kerana tidak sependapat dengan sesuatu isu melibatkan keluarga. Antaranya berkaitan hal harta pusaka.

Sebab itu, bagi Merak Jalanan, kalau ada apa-apa isu melibatkan saudara-mara yang mungkin boleh mengeruhkan keadaan, eloklah tidak dibincangkan atau diceritakan ketika hari raya. Simpan dulu buat sementara waktu.

Bukan apa, bayangkan terpaksa memandu kereta berjam-jam untuk bertemu sanak saudara, tetapi apabila sampai di kampung, terpaksa pula menghadap konflik keluarga. Tak berbaloi rasanya.