Pangkor destinasi pelancongan marin: Exco

Iklan
Pulau Pangkor, Perak - Foto 123RF

LUMUT - [DIKEMAS KINI] Penganjuran Pangkor International Marine Tourism Conference 2022 (PIMTC22) menandakan bermulanya usaha dan aktiviti pelancongan marin di Perak selepas Covid-19, kata pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Beliau berkata, penjenamaan Pangkor sebagai destinasi pelancongan marin nautika kini telah bermula, dan Perak, melalui Tourism Perak dengan sokongan sektor swasta serta pemain industri, akan mempromosi segmen pasaran pelancongan baharu, dengan negeri itu sebagai destinasi marin pilihan.

Iklan
Iklan

"PIMTC22 adalah satu lagi contoh kejayaan perkongsian awam-swasta yang terpuji. Kerjasama antara kerajaan negeri Perak, Persatuan Pelancongan Perak dan Cruise Marine Tourism Association yang memiliki Sail Malaysia, akan menjadi saksi pembukaan perhimpunan bot dari sini selepas empat hari santai yang singkat, pengalaman masakan tempatan dan acara perkongsian pengetahuan.

"Sukacita saya nyatakan di sini, Pangkor adalah syurga bagi pelaut di rantau ini. Saya ingin menggalakkan semua pengendali marin, khususnya di Malaysia untuk bersama-sama membentuk rangkaian pelaut yang bukan sahaja akan menjadi pelengkap antara satu sama lain tetapi juga memberi manfaat kepada banyak pihak,” katanya semasa berucap di majlis perasmian PIMTC22 dan pelancaran Sail Malaysia Passage to East Yacht Rally yang berlangsung di Marina Island di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Dalam ucapannya itu, beliau turut menggesa agensi-agensi yang berkaitan untuk bekerjasama dengan pengusaha marin untuk meningkatkan aliran masuk ringgit pelancongan yang akan memberi manfaat kepada industri dan mesyarakat setempat. - Bernama