KOTA KINABALU - Kes kemalangan jalan raya sempena Op Selamat 18/22 di Sabah meningkat pada tahun ini iaitu sebanyak 508 kes berbanding hanya 472 kes tahun lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata jumlah itu meningkat sebanyak tujuh peratus atau 37 kes sepanjang Op Selamat yang berakhir pada 8 Mei lepas sempena sambutan Aidilfitri kali ini.