Lelaki jatuh Sungai Semantan ditemui lemas

Iklan
Anggota bomba dibantu anggota APM mengangkat dan menaikkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto JBPM Pahang

KUANTAN - Seorang lelaki yang hilang selepas terjatuh dari Jambatan Songsang, Sungai Semantan, Temerloh Ahad lalu ditemui mati lemas pada Selasa.

Mayat Mohamad Hanizam Md Khalisb, 30, ditemui jam 9 pagi oleh orang awam berhampiran sebuah sangkar ikan kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, anggota bomba membantu membawa naik mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Susulan penemuan mayat mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan sejak Ahad lalu ditamatkan kira-kira jam 9.30 pagi pada Selasa," katanya.

Iklan

Ahad lalu, mangsa yang dipercayai mengalami masalah mental dilaporkan terjatuh dari Jambatan Songsang ke dalam Sungai Semantan berdasarkan penemuan motosikal dan selipar miliknya di tempat kejadian.

Operasi SAR diaktifkan kira-kira jam 11 pagi pada hari kejadian melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dibantu Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin, Temerloh.

Iklan

Operasi pencarian turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.