[VIDEO] Pekerja restoran kes gaduh pertikai harga nasi goreng didenda RM1,500

Iklan
Mohd Isa (kanan) keluar dari Mahkamah Majistret Bahau selepas selesai membayar denda sebanyak RM1,500 pada Selasa.

JEMPOL- Seorang pekerja restoran didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Isa Ramliee, 21, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Isa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas seorang lelaki berusia 30 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di Restoran Nasi Kandar Liga Maju, Bahau, kira-kira jam 1 pagi, 5 Mei lepas.

Iklan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya mengenakan denda RM1,500, jika gagal bayar penjara sembilan bulan.

Iklan

Tertuduh membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, suasana di sebuah restoran di Bahau kecoh seketika selepas berlaku bergaduhan di lokasi dipercayai berkaitan dengan pertikaian harga nasi goreng kosong dengan telur berharga RM6.

Rakaman kejadian kira-kira jam 1 pagi itu tular di media sosial.