Aktiviti Tangkap Ikan Laga

Iklan
Sekumpulan remaja lelaki meluangkan masa melakukan aktiviti menangkap ikan laga kampung dengan menggunakan tudung saji dan bakul penapis ketika tinjauan di Kampung Kuala Dura hari ini.

Antara ikan laga kampung yang ditangkap sekumpulan remaja lelaki ketika tinjauan di Kampung Kuala Dura hari ini.

Aktiviti itu dijadikan sebagai hobi mereka semasa waktu terluang, malahan sukar ditemui pada masa sekarang berikutan peredaran zaman.

Iklan
Iklan

Walaupun ikan laga kampung tidak secantik ikan laga komersial, jangka hayat dan kecergasannya boleh mengalahkan ikan laga yang diternak.

Menurut remaja berkenaan, mereka mencari ikan laga di kawasan alur air di kebun kelapa sawit yang airnya cetek dan tidak berarus. Jika air keruh kebarangkalian ikan ada tu lebih tinggi.

Iklan
Iklan

Ikan laga atau nama saintifiknya Betta Splendens dalam keluarga Anabantidae (Labirynth Fisher) menjadi buruan peminat ikan hiasan kerana sifatnya yang suka menonjolkan bentuk fizikal terutama ekor apabila berenang.