China lancar kapal kargo untuk bina stesen angkasa lepas

Iklan
China berjaya melancarkan kapal pengangkut kargo Tianzhou-4 dengan roket pembawa Long March-7 Y5 di Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang. - Foto Xinhua

WENCHANG - China berjaya melancarkan kapal pengangkut kargo Tianzhou-4 dengan roket pembawa Long March-7 Y5 di Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang, provinsi Hainan tepat jam 1.56 pagi Selasa.

Kejayaan pelancaran sulung pada tahun ini sekali gus menandakan bermulanya pembinaan Stesen Angkasa Lepas China secara komprehensif.

Iklan
Iklan

Menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), Tianzhou-4 berjaya memasuki ke orbit yang dijadualkan, kemudian dicantumkan dengan pangkalan cantum bahagian belakang modul teras Tianhe pada pukul 8.54 pagi.

Seperti penerbangan kapal kargo sebelumnya, Tianzhou-4 membawa kargo dalam tiga kategori, termasuk barangan keperluan kehidupan selama enam bulan untuk tiga angkasawan dalam misi Shenzhou-14, alat ganti untuk penyelenggaraan stesen angkasa lepas, dan kemudahan penyelidikan angkasa. - Bernama

Iklan
Iklan