Lelaki dipenjara curi rantai, rakan didenda

Iklan
Ketiga-tiga tertuduh di bawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas dijatuhi hukuman penjara dan denda, pada Selasa.

MELAKA - Seorang lelaki dihukum penjara enam bulan oleh Majistret Melaka di sini, pada Selasa selepas mengaku bersalah mencuri seutas rantai di sebuah kedai emas bulan lalu.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, RC Navaratnam, 21, yang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, Navaratnam didakwa dengan niat curang mencuri seutas rantai emas bernilai RM5,000 di sebuah kedai emas Jalan Kee Ann kira-kira jam 2.30 petang, 20 April lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Iklan

Dalam prosiding berasingan, dua rakannya, S T Prakash, 23, dan K M Vinoth, 21, didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mengikut pertuduhan yang dibaca berasingan, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki atau menyimpan beberapa barangan kemas serta sejumlah wang tunai dan invois.

Iklan

Kesalahan itu dilakukan di dua lokasi berasingan di Taman Seri Bayan dan Taman Desa Damai Cheng kira-kira 10 malam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri manakala kesemua tertuduh diwakili peguam N Gunalan.