Malaysia Airlines tambah penerbangan terus dari KL ke Doha

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd akan mengembangkan rangkaian antarabangsanya dengan penerbangan terus baharu ke Doha bermula 25 Mei menandakannya sebagai destinasi Timur Tengah ketiga selepas Jeddah dan Madinah.

"Perkhidmatan baharu itu akan menyediakan penumpang kesalinghubungan yang lancar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, membolehkan perhubungan yang optimum ke Amerika Syarikat, Eropah, Afrika dan Timur Tengah melalui perkongsian kod dengan Qatar Airways,” kata syarikat penerbangan itu.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Kapten Izham Ismail, laluan baharu syarikat penerbangan nasional itu ke Doha merupakan peluang terbaik untuk mengembangkan rangkaian dan penawarannya, termasuk menghubungkan pasaran ASEAN dengan rantau Timur Tengah.

"Perkhidmatan itu akan meningkatkan lagi pertumbuhan aliran trafik melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), membuka Malaysia secara lebih meluas kepada pelancong dari destinasi antarabangsa lain,” katanya.

Iklan

Malaysia Airlines akan mengendalikan penerbangan terus harian antara KLIA (KUL) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (DOH) menerusi MH160 yang berlepas dari KUL-DOH pada jam 9.20 malam dan MH161 DOH-KUL pada 1.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut dan menempah penerbangan anda ke Doha, layari laman web rasmi Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com. - Bernama.

Iklan