Bayi lelaki 11 bulan meninggal dunia di rumah pengasuh

Iklan
Gambar hiasan.

KAJANG - Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada pegawai perubatan Hospital Serdang yang memaklumkan mengenai insiden tersebut.

Iklan
Iklan

"Ibu mangsa telah membawa anaknya itu ke hospital berkenaan. Bedah siasat telah dijalankan pada hari ini, keputusannya adalah ‘pending laboratory analysis’ (punca kematian masih menunggu analisa makmal)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, pihaknya telah merakam keterangan pengasuh berkenaan bagi membantu siasatan.

Iklan

"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan. Siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut.

"Kes disiasat di bawah Sekyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.

Iklan

Mohd Zaid memaklumkan orang ramai yang ada maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai terdekat atau pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502.