Bekas ketua wartawan Sinar Harian meninggal dunia

Iklan
Allahyarham M Jeffri

MELAKA - Bekas Ketua Wartawan Sinar Harian Melaka/Negeri Sembilan yang menderita penyakit buah pinggang meninggal dunia di Hospital Melaka di sini pada malam Selasa.

M Jeffri Razali, 50-an yang berkhidmat lebih 20 tahun dalam bidang kewartawanan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru kira-kira jam 7.30 malam.

Iklan
Iklan

Difahamkan Allahyarham yang bekerja dengan Sinar Harian sejak tahun 2008 telah dimasukkan ke hospital sejak awal Ramadan lalu, namun tahap kesihatannya semakin merosot.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Editor Melaka Hari Ini dan Ketua Biro NSTP.

Iklan

Allahyarham meninggalkan isteri, Umairah Fuziah Atan dan tiga orang anak masing-masing dua perempuan dan seorang lelaki.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Temu pada pagi Rabu.

Iklan