Pemancing lawan buaya kerana ikan

Iklan
Seorang pemancing menarik ikan yang berjaya dipancingnya bagi mengelakkan ia diterkam oleh seekor buaya di Wilayah Utara, Australia baru-baru ini. - Foto nuffblokescotty/Instagram

DARWIN - Seorang pemancing terpaksa berdepan insiden cemas berebut dengan seekor buaya seekor ikan sepanjang kira-kira satu meter di Wilayah Utara, Australia baru-baru ini.

Kejadian berlaku apabila pemancing tersebut berjaya menangkap ikan tersebut dengan menggunakan pancingnya di tepi sebatang sungai di wilayah tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, seekor buaya yang melihat ikan tersebut bergerak di dalam air kerana memakan umpan telah berenang mengikut pergerakan hidupan sungai tersebut.

Buaya itu yang mahu menjadikan ikan tersebut makanannya kemudian berenang sehingga ke tepian sebuah struktur konkrit.

Iklan

Bagaimanapun, pemancing itu tidak melepaskan ikan berkenaan ke sungai sebaliknya dia terus menarik hidupan tersebut dan cuba melarikan diri dari buaya berkenaan.

Usahanya itu kemudian berjaya apabila buaya berkenaan tidak lagi meneruskan 'pemburuannya' selepas gagal menerkam dan membaham ikan tersebut.

Iklan

Buaya sepanjang kira-kira empat meter itu akhirnya berhenti daripada 'mengejar' ikan berkenaan selepas terhalang di kawasan konkrit di tepi sungai berkenaan.

Kejadian itu turut dirakamkan oleh seorang pelancong di tempat kejadian. - Agensi