Sollehuddin dilantik Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM

Iklan
Mohd Zuki (kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada Sollehuddin.

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM berkuat kuasa pada Rabu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan Sollehuddin adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas dalam pelbagai bidang antaranya pengurusan kewangan dan pembangunan sumber manusia termasuk pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.

Iklan
Iklan

"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Sollehuddin dapat memperkasa dan memperkukuhkan JPM dalam memberi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada semua pemegang taruh," katanya dalam satu kenyataan.

Sollehuddin, 49, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya.

Iklan
Iklan

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik bermula pada 15 September 1997.