NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memilih Republik Czech menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rusia, yang digantung keahliannya, lapor Xinhua.
Perhimpunan Agung pada 7 April menerima pakai resolusi untuk menggantung keahlian Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Geneva selepas Rusia melancarkan 'operasi ketenteraan khas' di Ukraine. Rusia segera ambil keputusan menamatkan keahliannya dalam majlis 47 anggota itu.