WASHINGTON - [DIKEMAS KINI] Harga minyak di Amerika Syarikat (AS) mencapai rekod tertinggi pada Selasa ketika kadar inflasi yang tinggi melanda negara itu selepas Rusia menyerang Ukraine pada Februari lalu.
Harga purata petrol di stesen-stesen pam mencecah sehingga AS$4.37 (RM19.16) untuk setiap 3.78 liter atau satu gelen, menurut Persatuan Automobil Amerika (AAA).
Ia melepasi rekod harga tertinggi sebelum ini iaitu AS$4.33 (RM18.98) pada 11 Mac lalu.
Harga purata setiap 3.78 liter setahun yang lalu ialah AS$2.97 (RM13.02).
Petrol dan diesel mencapai rekod tertinggi pada Selasa dalam data yang belum diselaraskan, kata seorang penganalisis di Persatuan Minyak Lipow, Andy Lipow.
Lipow berkata, kos harga itu disebabkan kenaikan harga minyak mentah global.
Menurutnya, dunia perlu berusaha mencari bekalan alternatif kepada minyak Rusia.
Bagaimanapun, harga minyak mentah itu melonjak selepas Moscow menyerang Ukraine pada lewat Februari menyebabkan ramai pemimpin global mengenakan sekatan ke atas Rusia.
Harga minyak mentah kini berada pada sekitar AS$100 setong (RM438.43). - Agensi