Pemilik bot dipenjara dua bulan tiada polisi insurans sah

Iklan
Gambar hiasan

BESUT - Seorang wanita yang merupakan pemilik bot penumpang dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan tidak memiliki polisi insurans yang sah dalam insiden perlanggaran membabitkan sebuah bot nelayan pada 31 Januari lalu.

Hukuman itu diputuskan selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 361(3) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob pada 9 Mei lalu.

Iklan
Iklan

Bagi kesalahan itu tertuduh yang berusia 31 tahun dijatuhi hukuman denda sebanyak RM250,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Selain itu, tertuduh turut berdepan dua lagi pertuduhan di bawah Kaedah 3 Boat Rules 1953 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Kaedah 9(1) Boat Rules 1953 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu gagal memperbaharui lesen bot dan membawa penumpang melebihi had.

Iklan

Bagi kedua-dua kesalahan itu tertuduh dijatuhi hukuman denda sebanyak RM7,000 atau penjara tujuh hari.

Kes berkenaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Sementara itu, nakhoda bot berkenaan berdepan tiga pertuduhan ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret disini, pada 28 April lalu.

Tertuduh yang merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun didakwa atas kesalahan mengendalikan bot tanpa perakuan kekompetenan, gagal melayarkan bot dengan kelajuan selamat dan gagal membekalkan jaket keselamatan kepada penumpang

Bagi setiap kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku salah selepas pertuduhan keatasnya dibacakan dihadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 oleh seorang penjamin serta menetapkan tarikh perbicaraan pada 19 Mei 2022.

Dalam kejadian pada 31 Januari lalu, bot yang dipandu tertuduh telah melanggar bot nelayan menyebabkan bot penumpang itu terbalik dan kesemua 29 orang penumpang serta dua kru terjatuh ke dalam air.

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh bot-bot penumpang yang berada di lokasi berhampiran manakala tujuh mangsa yang mengalami kecederaan serius telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).