Qobin perlu sokongan rakyat Malaysia

Iklan
qobin

KUALA LUMPUR - Berbaki lapan hari sebelum tarikh tutup undian, Penjelajah negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin terus mengharapkan sokongan rakyat Malaysia dalam usaha membolehkannya terpilih mewakili Malaysia ke Ekspedisi Polar Fjallraven 2019 iaitu acara luncur salji sejauh 300KM di Norway.

Juga dikenali sebagai Qobin, dia kini berada di kedudukan kedua Asia Oceanic di belakang peserta daripada Indonesia untuk undi kesembilan tertinggi dunia dan perlu bersaing dengan peserta dari lapan negara Asia Oceanic lainnya.

Iklan
Iklan

Katanya, dia merupakan salah seorang daripada lebih 100 peserta negara ini yang mendaftar untuk pemilihan berkenaan dan berharap mampu mengatasi undian sedia ada bagi melayakkannya menyertai ekspedisi itu.

"Walaupun ekspedisi ini tidaklah seteruk seperti penjelajahan berski di Kutub Utara dan Kutub Selatan, namun demi nama Malaysia agar tidak tertinggal, saya usaha juga dengan mencuba peluang ini dan meletakkan pengalaman yang ada agar diberikan ruang untuk terpilih.

Iklan

"Saya berharap agar rakyat Malaysia dapat terus mengundi saya untuk Malaysia sebelum tarikh tutup undian pada 14 Disember 2018 di link bit.ly/qobinforpolar atau bit.ly/qobin4mas dan undian adalah percuma," katanya dalam satu kenyataan.

Ekspedisi Polar Fjallraven 2019 ini akan berlangsung di Norway dan Sweden pada tahun depan di mana 20 peserta bertuah dari 10 bahagian dunia akan ditaja sepenuhnya oleh pihak Fjallraven Polar bagi memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman luncur salji sejauh 300KM dengan suhu boleh mencecah sehingga negatif 30 ke 40 darjah selsius.

Iklan

Untuk terpilih, peserta yang mendapat undian tertinggi di setiap benua, akan secara automatik terpilih untuk menyertai ekspedisi berkenaan, manakala peserta kedua bergantung kepada undian pihak juri.

Penceramah Islam terkemuka dunia, Dr. Zakir Naik, pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri antara tokoh yang turut memuat turun poster sokongan undi terhadap Qobin.

Sebelum itu juga, Qobin turut mendapat sokongan nama-nama besar lain seperti Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Azizulhasni Awang, Farahan Ann Hadi, Zizan Razak, Mat Redho, Amar Baharin, Black Mentor serta beberapa artis dan atlet sukan negara lainnya.