SHAH ALAM - Inisiatif Jom Shopping Aidilfitri berjaya memanfaatkan 33,400 rakyat di Selangor yang kurang berkemampuan untuk menyambut hari lebaran.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, RM3.34 juta diperuntukkan untuk program tersebut menerusi serahan baucar bernilai RM100 kepada golongan berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, baucar tersebut diagihkan ke 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
"Baucar bernilai RM100 diberikan kepada lima golongan penerima iaitu keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), bukan ahli Kasih Ibu Smart Selangor dan bukan ahli Skim Mesra Usia Emas," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Dalam pada itu, Amirudin menerusi satu infografik di Facebook memaklumkan, seramai 450 orang penduduk di DUN Sungai Tua turut menerima baucar tersebut.