Fokus kestabilan kerajaan berbanding isu keluar masuk parti

Iklan
Hamzah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Keutamaan harus diberikan untuk memastikan kerajaan yang stabil dan memenuhi semua agenda untuk kepentingan rakyat berbanding isu keluar masuk parti.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, isu keluar masuk parti disifatkan perkara biasa dan berlaku sejak dahulu lagi.

Iklan
Iklan

"Isu meninggalkan parti berlaku bukan sahaja di peringkat bawah tetapi dalam kalangan kepimpinan parti termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad turut berbuat demikian.

"Ia menunjukkan agenda utama adalah untuk kepentingan rakyat, bukan individu," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini pada Rabu.

Iklan

Sebalum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad menganggap mereka yang meninggalkan parti itu suatu ketika dahulu mempunyai alasan dan sebab tersendiri.

Md Alwi memaklumkan, UMNO tidak boleh berdendam terhadap mereka yang pernah keluar parti, sebaliknya perlu bersikap terbuka dan memaafkan kekhilafan individu tersebut.

Iklan

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, apa sahaja yang sudah berlaku dalam tiga tahun lalu, iaitu selepas pilihan raya umum sudah pun terjadi.

"Ada yang berlaku dengan perancangan dan ada yang berlaku kerana strategi tertentu tetapi semuanya untuk kepentingan rakyat.

"Saya sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan untuk membabitkan sesiapa, yang penting adalah supaya kerajaan ketika ini adalah kerajaan stabil yang mampu memastikan agenda kerajaan dilakukan dengan terbaik, juga supaya rakyat tidak hidup kegelisahan dalam keadaan kepemimpinan yang terumbang ambing," katanya.