Perhotelan tanpa lesen, pemilik didenda RM1,200

Iklan
Seorang pemilik sebuah hotel di Kuala Langat didenda RM1,200 atau lima hari penjara oleh Mahkamah Majistret pada Rabu, atas satu pertuduhan menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen, dua tahun lalu. - Gambar hiasan

TELOK DATOK - Seorang pemilik sebuah hotel di Kuala Langat didenda RM1,200 atau lima hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen, dua tahun lalu.

Lelaki berusia 40-an itu dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen Majlis Perbandaran Kuala Langat (MDKL), pada tahun 2020 lalu.

Tertuduh disabitkan di bawah kesalahan Undang-undang Kecil 3(1), Undang-undang Kecil Hotel MDKL 2007.

Iklan

Lelaki itu juga didapati mempunyai 29 rekod kesalahan kompaun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Pendakwa Hasrizal Abdul Rahim dan Ahmad Razali Abdul Manaf manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Sementara itu, Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim mengingatkan mana-mana individu yang menjalankan aktiviti perhotelan, supaya mematuhi peraturan dan undang-undang MPKL.

Menurutnya, pemilik hotel perlu memohon lesen terlebih dahulu sebelum menjalankan perniagaan.