Muafakat Nasional: Pimpinan UMNO perlu bincang sebelum keluar kenyataan

Iklan
Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU - Pimpinan UMNO perlu membuat perbincangan di peringkat parti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, ini berikutan banyak kenyataan dikeluarkan pemimpin UMNO dilihat bercanggah antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

"Hari ini (Rabu) ada kenyataan dari Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang tidak setuju dengan kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi (Presiden UMNO) mengatakan hubungan MN patut ditentukan oleh parti bukan individu.

"Situasi ini menunjukkan berlakunya percanggahan pandangan berkait hubungan Pas-UMNO," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Iklan
Ujar beliau, lebih mengejutkan UMNO Selangor sudah memutuskan untuk bekerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Segala isu yang dibangkitkan UMNO mengenai hubungan dengan Pas banyak kurang tepat. Pada peringkat awal UMNO sendiri bersetuju untuk menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam MN. Sebab MN bukan Pas dan UMNO sahaja.

"Pas dan UMNO hanya pengasas sahaja kepada MN. Visi Pas ialah mahu MN bergerak lebih besar yang merangkumi parti-parti Melayu dan Islam.

Iklan

"Semua itu dibuat secara bertulis dan mempunyai perjanjian sah dalam MN,' katanya.

Mohd Amar berkata, bagaimanapun selepas itu UMNO menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekali gus menunjukkan sikap parti tersebut.

"Masa UMNO jadi PM (sekarang ini), Pas dan Bersatu tidak menarik sokongan.

"Jadi siapa yang mengkhianati kawan sebenarnya," katanya.