SEMENANJUNG GAZA - PALESTIN.Tentera rejim Israel dilapor melancarkan serangan ke beberapa lokasi kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza, semalam.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata, serangan yang dilancarkan beberapa jam selepas bedilan roket Palestin mengenai sebuah rumah di utara Tel Aviv, menyasarkan pejabat pemimpin Hamas dan pusat risikan tentera kumpulan terbabit.