ANKARA - Kementerian Luar Qatar pada Rabu mengecam pembunuhan seorang wartawan veteran Al Jazeera oleh tentera Israel di Tebing Barat yang dicerobohi, lapor Agensi Anadolu.
Wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, 51, ditembak mati di bandar Jenin. Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi, ditembak di belakang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Iklan
Iklan
"Penceroboh Israel membunuh wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh dengan menembaknya di muka ketika beliau memakai jaket media dan topi keledar,” ciap Pembantu Menteri Luar, Lolwah Alkhater di Tweeter.
Alkhater menegaskan bahawa wartawan Akleh sedang membuat liputan serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin apabila wartawan wanita itu dibunuh.
"Keganasan yang didokong negara Israel ini mesti dihentikan, sokongan tanpa syarat kepada Israel mesti ditamatkan," tambahnya. - Bernama