BEBERAPA minggu lalu, artis Fasha Sanda dilihat berkongsi gambar pra perkahwinan bersama pasangan, Aidil Aziz di laman Instagramnya yang telah menarik perhatian ramai peminat.
Hari ini, sekali lagi artis yang sedang meniti bahagia itu dilihat menunjukkan gaun elegan hasil tangan pereka yang didambakan setiap pasangan raja sehari, Rizman Ruzaini.
Sentuhannya amat digemari kebanyakkan kenamaan, membuatkan nama pereka itu tidak asing lagi dalam industri fesyen.
Melihat gambar yang dimuat naik Fasha, jahitan itu sangat sempurna, reka bentuk yang kemas dan anggun, malahan dilengkapi dengan sentuhan rona warna yang tepat untuk pengantin perempuan.
Persoalannya, adakah pakaian ini yang akan dipakai Fasha semasa majlis perkahwinannya?
Meraikan cinta dengan keupayaan teknologi canggih
Untuk pengetahuan pembaca, semua gambar yang dirakamkan Fasha itu adalah ketipan daripada Huawei P30 yang akan dilancarkan beberapa hari lagi.
Terbukti keupayaan zoom dengan resolusi yang boleh kita harapkan dari Huawei.
Komitmen Huawei memberikan kepuasan kepada pelanggan dan mengesahkan inovasi terkini terdapat dalam teknologi Huawei P30 yang akan dilancarkan esok di Paris.
Dengan tema ‘Rewrite the Rules’, semestinya pelancarannya nanti akan mendedahkan pelbagai ciri-ciri menarik telefon pintar ini.
Dalam pada itu, sementara menantikan pelancarannya.. pastikan kita tidak terlepas gambar eksklusif pasangan ini lagi, hasil sentuhan sulaman Rizman Ruzaini.
HUAWEI YouTube @ Huawei Mobile https://www.youtube.com/c/HuaweiMobile/live
HUAWEI Facebook @ Huawei Mobile https://www.facebook.com/huaweimobile/videos/390508841773706
HUAWEI Twitter @ Huawei Mobile https://avn.innity.com/click/?adid=236010&zoneid=0&cb=25812&url=https%3A%2F%2Ftwitter.com%2FHuaweiMobile