PRU15: Perbetul naratif ‘rakyat sudah muak politik’

Iklan
Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Semua pemimpin dan parti politik memikul satu tanggungjawab besar dalam memperbetulkan semula naratif 'rakyat sudah muak dengan politik' terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya melalui tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka, Johor dan Sarawak yang mana menunjukkan berlakunya pola penurunan bagi kadar keluar mengundi.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, PRN Sarawak menunjukkan pola penurunan sebanyak 61 peratus, PRN Melaka (66 peratus) dan PRN Johor (55 peratus).

"Persoalannya, mengapa rakyat jadi tidak minat untuk mengundi?

Iklan

"Rangkuman beberapa analisis yang dibuat para penganalisis politik, antara faktor 'kelesuan politik' ini disebabkan krisis politik (isu rasuah, lompat parti, integriti), ancaman kesihatan Covid-19, kekecewaan pengundi terhadap politik tanah air, literasi politik dalam kalangan anak muda (mengambil kira Undi18 di PRN Johor), dan sebagainya,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan pola penurunan tersebut amat membimbangkan.

Iklan

"Sistem demokrasi dan pilihan raya negara akan mempunyai imbangan lebih baik bukan hanya apabila adanya pengundi tetapi adanya pengundi yang keluar mengundi menjadi indikator kepada sistem yang berfungsi,” ujarnya.