Pemandu Myvi samseng sudah ditahan polis

Iklan
Sinar Harian pada Ahad melaporkan pihak polis mengesan pemandu sebuah Perodua Myvi selepas aksinya melakukan halangan terhadap kenderaan lain tular di media sosial pada Sabtu. Gambar kecil: Sarifudin

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta Perodua Myvi berwarna putih yang tular memandu dengan lagak ala samseng, membuat provokasi dan halangan terhadap sebuah kenderaan lain berjaya ditahan pihak polis pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, suspek seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan di sekitar daerah Kuala Selangor.

Iklan
Iklan

"Pemandu kenderaan Perodua Myvi putih yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu telah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 9 Mei.

"Suspek direman sehingga 13 Mei untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sinar Harian pada Ahad melaporkan pihak polis mengesan pemandu sebuah Perodua Myvi selepas aksinya melakukan halangan terhadap kenderaan lain tular di media sosial pada Sabtu.

Kejadian menerusi video berdurasi 27 saat itu mendapat kecaman netizen dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu berkenaan.

Iklan

Mengulas lanjut Sarifudin berkata, pihak JSPT telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan meminta saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan

"JSPT Kuala Lumpur memohon mangsa atau pemilik video papan pemuka tersebut dan saksi kejadian untuk tampil ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee bagi tujuan membantu siasatan," ujarnya.