Anak bekas wartawan ditemui mati dalam tasik di London

Iklan
Muhammad Hafiz

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Anak bekas wartawan politik, Zainal Epi ditemui mati di Serpentine Lake di Hyde Park, London semalam.

Polis London mengenal pasti Allahyarham Muhammad Hafiz, 24, melalui kad pelajar yang ditemui pada badan mangsa.

Iklan
Iklan

Mayat mangsa ditemui jam 5.45 pagi (9.45 malam waktu Malaysia).

Zainal ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian tersebut.

Iklan

Beliau berkata, berita kematian anaknya itu diketahui malam semalam.

"Saya akan pergi ke sana esok. Saya tidak tahu kejadian sebenar tetapi jenazah itu dikenal pasti anak saya berdasarkan kad pelajar yang ditemui. Dia pelajar di Kolej Imperial, London.

Iklan
"Saya hanya tahu mayat anak saya dijumpai dalam tasik,” katanya ketika, hari ini.

Sementara itu, memetik laporan berita Evening Standard, polis sedang menyiasat punca kematian Muhammad Hafiz selepas mayatnya berjaya dikeluarkan dari

tasik.

"Kami cuma sedaya mungkin ketika operasi menyelamat tetapi sedihnya dia disahkan maut di lokasi."Pada peringkat ini, kematiannya masih belum dapat dipastikan,” katanya.