PENYANDANG juara Manchester City melaung amaran kepada pesaing terdekat Liverpool, The Citizens kian menghampiri mengekalkan kejuaraan liga di Stadium Etihad musim ini apabila membelasah Wolverhampton Wanderers, 5-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux.
Pada perlawanan berintensiti tinggi itu, Kevin De Bruyne membuktikan kewibawaannya antara peledak tersohor saingan tertinggi liga Inggeris itu apabila meledak empat gol (7', 16, 24', 60') sebelum Raheem Sterling melengkapkan kemenangan bergaya The Citizens dengan gol minit ke-84'.