Berlian putih dilelong lebih RM90 juta di Geneva

Iklan
Berlian putih dilelong oleh firma lelongan Christie's di Geneva pada Rabu. - Foto AFP

GENEVA - Berlian putih terbesar yang dikenali dengan nama The Rock dilelong pada harga 21.7 juta francs (RM95.58 juta) dalam acara lelongan di Geneva, Switzerland pada Rabu.

Lelongan itu mencipta rekod jualan untuk berlian seumpama itu.

Iklan
Iklan

Berlian seberat 228.31 karat dengan saiz yang lebih besar daripada bola golf telah dilelong oleh firma lelongan Christie's.

Berlian itu dilelong oleh individu dari Amerika Utara yang identitinya tidak didedahkan dan kemudian dibeli oleh seorang pengumpul persendirian yang membidanya menerusi telefon.

Iklan

Rahul Kadakia, iaitu Ketua Barang Kemas Antarabangsa Christie memukul sebatang tukul dan bertepuk tangan dalam bilik jualan di Hotel des Bergues yang mewah selepas pengumpul tersebut bersetuju membelinya pada harga tersebut.

Berlian itu telah mencipta rekod dunia baharu untuk kategori warna G.

Iklan

Max Fawcett yang merupakan Ketua Jabatan Permata di firma lelongan Christie di Geneva berkata, hanya terdapat segelintir berlian yang sama saiz dan kualitinya dengan The Rock.

Berlian tersebut berasal dari sebuah lombong di Afrika Selatan dan ditemui pada awal 2000-an. - Agensi