Atlet badminton pekak cipta sejarah sumbang emas di Deaflympic

Iklan
Pasangan beregu wanita pekak negara, Wei Ying- Zu Tung (tengah) bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya pada temasya Deaflympic. - Foto MSDEAF

PASANGAN beregu wanita pekak negara, Boon Wei Ying - Foo Zu Tung memahat sejarah negara dengan meraih pingat emas pertama untuk Malaysia awal pagi Khamis.

Wirawati-wirawati pekak negara itu turun ke gelanggang pertandingan dengan berbekalkan pengalaman mereka yang pernah digandingkan di Deaflympic Games, Turki pada 2017 dan bermain dengan cukup cemerlang.

Iklan
Iklan

Mereka berjaya menewaskan gandingan beregu ranking nombor satu pekak dunia Jung-Yu Fan - Yan-Ru Shen yang juga pemenang Perak Deaflympic Games Turki dengan keputusan 21-14, 5-21, 21-18.

Kemenangan bersejarah ini menamatkan penantian 21 tahun kemarau pingat emas di Sukan Deaflympic setelah Zana Azizul Ujang mendapatkan pingat emas di Sukan Deaflympic, Rom Itali tahun 2001.

Iklan

Gandingan Wei Ying-Edmund Teo Seng Keong turut membuat kejutan dalam acara beregu campuran dengan mendapat pingat Perak untuk negara.

Mereka tunduk kepada pasangan Abhinav Sharma- Jevlin Jayaratchagan 14-21,7-21 pada perlawanan akhir.

Iklan

Wei Ying juga berjaya mendapatkan pingat gangsa buat negara setelah tunduk kepada Jevlin di separuh akhir tapi untuk perebutan pingat gangsa Boon Wei Ying menang percuma kerana kem kontinjen Jepun dikuarantin kerana Covid-19.