PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret hari ini membebaskan dua lelaki termasuk seorang pegawai kanan sebuah badan berkanun yang direman bagi membantu siasatan berkaitan skandal projek melibatkan badan berkanun berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.
Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal membenarkan suspek berumur 48 dan 52 tahun itu dibebaskan dengan jaminan masing-masing RM100,000 dengan seorang penjamin.