Ketua Penyelia Jururawat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu Norwati Jalil (tengah) ketika ditemui bersama 'anak buahnya' di sini, berjanji untuk terus komited dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
Sempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa bertema 'Nurses: A Voice to Lead - Invest in Nursing and Respect Rights to Secure Global Health', Norwati optimis bahawa petugas barisan hadapan seperti mereka mampu memainkan
peranan penting dan menjadi tulang belakang keseluruhan sistem penjagaan kesihatan.