Suspek pecah rumah diburu

Iklan

KLANG - Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki memecah masuk sebuah rumah di kawasan perumahan satu tingkat di Jalan Dato Dagang, Taman Sentosa di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun membuat laporan selepas menyedari kediamannya dipecah masuk selepas pulang dari kerja.

Iklan
Iklan

"Pada Selasa lebih kurang jam 10.30 pagi mangsa tinggalkan rumah untuk pergi bekerja dan mendapati rumahnya telah dipecah masuk dan berselerak selepas pulang dari tempat kerja sekitar jam 6.30 petang.

"Mangsa juga mendapati siling biliknya telah berlubang dan setelah diperiksa mangsa dapati sebanyak dua bentuk cincin emas, tiga utas rantai emas dan wang tunai lebih kurang RM2,100 telah tiada," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada kecan cap jari ditinggalkan oleh suspek di lokasi kejadian dan tiada pengawal keselamatan bertugas di kawasan perumahan berkenaan.

Katanya, nilai keseluruhan kerugian dianggarkan berjumlah RM7,000.

Iklan

"Siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dijalankan untuk mengesan suspek," ujarnya.