KOTA BHARU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan akan menganjurkan Karnival JaminKerja di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, yang menawarkan 1,000 peluang pekerjaan pada 4 dan 5 Jun depan.
Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, karnival tersebut akan membabitkan 20 majikan terdiri daripada syarikat di dalam dan luar Kelantan merangkumi pelbagai sektor dan industri."Sebelum penganjuran karnival ini, kami telah melakukan kajian kecenderungan sektor yang diminati rakyat Kelantan.