Kemurungan punca lelaki tetak bayi, ibu

Iklan
Datuk Jauteh Dikun

KOTA KINABALU - Kemurungan dipercayai punca seorang lelaki bertindak menetak seorang bayi berusia enam bulan dan ibunya dalam kejadian di Kinabatangan di sini pada Selasa lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan awal mendapati suspek menghadapi masalah kemurungan sejak dua tahun lalu berdasarkan maklumat daripada pihak keluarga.

Beliau berkata, suspek tinggal berjiran dengan mangsa yang ditetak.

Iklan
Iklan

"Suspek ini seolah-olah tidak diberi perhatian oleh keluarganya dan keadaan ini dipercayai dia tertekan menyebabkannya hilang kawalan dan mengamuk.

"Punca kemurungan juga dipercayai disebabkan salah seorang anaknya ditangkap oleh pihak berkuasa pada hari yang sama kerana tiada dokumen diri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, suspek kini berada di hospital kerana mengalami kecederaan ketika ditahan orang ramai dalam kejadian itu.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang bayi perempuan maut akibat ditetak manakala ibunya yang berusia 35 tahun parah akibat ditetak bahagian tengkuk dan telinga kiri sehingga hampir putus dalam kejadian di Kampung Ubi Sungai Pauh, Kinabatangan.

Iklan

Dalam kejadian itu, suspek lelaki yang berusia 60-an turut ditahan polis.