Dalamkan sungai usaha jangka pendek atasi banjir: KSN

Iklan
Mohd Zuki (kiri) menyampaikan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di Janda Baik pada Khamis.

BENTONG - Kerajaan akan menyegerakan langkah mendalamkan sungai dalam usaha jangka pendek bagi mengatasi masalah banjir di daerah ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, usaha itu dilakukan selepas dimaklumkan mengenai situasi di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan sungai agak cetek, kita akan lihat dan teliti, tindakan segera akan diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di perpustakaan desa di Janda Baik di sini pada Khamis.

Iklan

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh; Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Seramai 160 ketua isi rumah yang terjejas banjir di Janda Baik pada Rabu menerima bantuan wang ihsan berjumlah RM1,000 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Zuki berkata, beliau juga dimaklumkan JPS akan melihat sendiri apakah tindakan yang boleh diambil untuk jangka masa pendek dan panjang.

"Seperti mana dikatakan Perdana Menteri kalau kita hanya selesaikan untuk jangka pendek, tiap kali hujan lebat akan berlaku lagi banjir.

"Bagi penyelesaian jangka masa panjang satu tebatan banjir yang melibatkan peruntukan sebanyak RM400 juta akan dilaksanakan bagi mengatasi bencana itu di daerah Bentong," ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga meneliti pelbagai inisiatif lain bagi mengelakkan berlaku banjir termasuklah pembinaan kolam takungan.

"Telah ada perbincangan di peringkat jemaah menteri, sebenarnya perlu ada tindakan jangka pendek dan jangka panjang," jelasnya.